ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA BUAT PENGUNJUNG BLOG NI...
Baru2 ni meletup satu cerita hangat yang mungkin dah lama orang lain pendam iaitu kisah Blog Rockbundle (http://rockbundle.blogspot.com/) & Herobundle (http://herobundle.blogspot.com/) PENIPU. Aku x pernah ada pengalaman ditipu oleh Shah (Owner Herobundle), tapi aku ada pengalaman ditipu oleh Wan (Owner Rockbundle). Aku kerap juga berhubung & tukar ilmu dengan Shah. Shah pon pernah beli baju ngan aku. Setakat yang aku kenal, Shah ok. Dia slalu citer masalah partner die, Wan. Ramai sangat org complain pasal Wan. Aku bukan la nak bela si Shah tue. Cuma aku nak bantu bersihkan nama Shah kalau betul die x terlibat dalam penipuan ni. Tapi kalau sebaliknya (Shah pon sama penipu), aku minta maaf kat semua & harap ada la pembalasan untuk mereka ni. Bro, kita sama2 cari makan kat sini. Jangan la sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Buat Wan, jangan la orang macam ko curah pasir kat periuk nasi orang lain. Ada antara blogger ni yang buat bisnes ni full time. Dan aku tau ramai yang buat bisnes ni part time, nak wat lepas duit poket sendiri tanpa meminta2 kat mak bapak (macam aku). Buat semua, aku da mula bertapak dalam bisnes bundle online ni sejak Disember 2008 (antara yang terawal). Time tu x sampai 30 blog bundle x silap aku. Dan sekarang da mencanak sampai 120 blog bundle. Aku x kisah pon sebab ni persaingan sihat. Rezeki masing2 la kan...Dan aku x pasti la kalau sebab kes tipu Wan ni, bisnes aku bulan ni paling teruk skali dalam sejarah. Mungkin org pon dah x percaya @ takut nak beli barang online. Alhamdulillah selama aku beli barang kat internet, skali pon aku x pernah ditipu. Kecuali dengan Wan. Selain orang macam Wan, aku ada gak kenal Owner blog lain yang kaki kencing gak. Tapi aku xnak nyatakan disini. Sebab cerita panas ni belum meletup lagi. Tunggu dah meletup nanti baru aku tampil. Hehehe. Sebab aku xnak le memburuk2 kan orang lain. Erm...macam aku cakap tadi. Salah satu tujuan aku menulis panjang lebar ni, adalah untuk membela nasib Shah (Owner blog Herobundle) jika benar dia x menipu. Aku harap, kalau korang nak hukum, hukum la si Wan tu....Entah la...buat pembeli semua...Korang pon hati2 la...Mana yang dekat tu, prefer COD, senang cerita. Kalau da jauh nak wat camne kan...Kalau nak lagi senang, ko beli je la kat blog yang korang percaya & xde wat masalah camni....Pembeli skang pon da pandai menilai. Aku pon nak minta maaf banyak2 kalau ada pembeli x puas hati ngan barang yang aku jual. Aku x sempurna. Buat silap gak. Cuma satu je aku harap buat pengunjung blog bundle, kalau korang ada perasan something wrong kat blog aku, contohnya ada barang yg aku jual x ori, atau maklumat yg aku bagi mengenai barang tu salah, korang tegur la aku melalui sms @ call. Jangan la malukan aku kat ruangan chat. Seboleh2 nya aku xnak wat silap. Kalau ada salah silap dari aku, harap maafkan...dan kalau boleh tegur la kesilapan aku tue...Sila la komen post ni. Trimas!!!
No comments:
Post a Comment